Sunday, 19 March 2017

sijil penyertaan

19 mac
 2017
Sijil penyertaan



 Assalamualaikum semua, harini sis nak update lagi tugasan untuk subjek MTE ni. Encik Fadhil bagi arahan untuk buat sijil penyertaan menggunakan kaedah mail merge. Jom kita tengok step-step di bawah





contoh tugasan sijil


Seperti minggu lepas dan lepas saya diberi arahan oleh pensyarah untuk mengkritik lima jenis blog dari segi kelebihan dan kekurangan. Dengar macam tugasan tu simple je kannn. Tapi penat jugak nak cari blog yang sesuai untuk dikritik. 

Ini contoh langkah-langkah macam mana nak buat sijil kepada lebih dari satu orang pelajar menggunakan mail merge. Dengar macam seram kankan. Tapi bila dah cuba buat, korang akan rasa seronok sebab dapat belajar buat 'something new'. So jom kita tengok :

LANGKAH 1



Haa, untuk first step, korang wajib bukak microsoft word sebab kita kena edit sijil kita guna tu. Buat laa ikut kreativiti kita. Macam saya punya just simple2 je tapi kira okay la kan sebab pertama kali buat. Untuk boarder sijil tu korang boleh google image jee, huhu tapi kalau ada yang dah master dalam 'word' boleh je buat sendiri.😝

LANGKAH 2

LANGKAH MAIL MERGE 

Okay, tadi korang dah siap buat sijil dekat word sekarang jom start buat mail merge

  1. Langkah pertama, dekat bahagian atas word tu korang kena tekan "mailing". Mailing tu baris kelima ya korang jangan buat2 blur pulak. 
  2. Langkah kedua tekan "start mail merge" pastu nanti akan keluar "step by step mail merge wizard" haa amik yang tu. Pastu akan keluar satu bar kat tepi bahagian kanan, ada 6 step. Korang tekan sampai dekat step 3 then amik ' type a new list' dengan " create".
  3. Langkah seterusnya, korang boleh pilih data apa yang anda nak masukkan sebagai contoh saya kena masukkan nama pelajar dan nombor kad pengenalan, so masukkan keduanya dan tekan ok. So secara automatik fail anda akan disimpan dalam databased.  Tapi, untuk lagi mudah, korang pon boleh buat dekat microsoft excel sebab saya pon buat dekat excel. Dia ada dua cara nak save database. Kalau tak silap la.
  4. So, kalau guna excel, contoh saya nak buat nama dan nombor kad pengenalan 10 orang pelajar, taip sampai 10 orang then save. Pastu bukak balik sijil dekat mircosoft word tu, tekan mail merge dan step2 yang saya dah tunjuk dekat langkah pertama.  So secara automatik semua senarai nama dan nombor kad pengenalan 10 orang pelajar keluar. Last sekali tekan 'ok'. So kat bawah ada contoh gambar fail. Korang tak perlu tekan 'type a new list" daaa, kalau guna excel.




Langkah 3


So, lepas korang dah tekan ok pada "complete the mail merge" maka jadilah sijil yang korang buat. Macam saya buat lain sikit, sebab save database dekat excel so secara automatik senarai nama dan nombor kad pengenalan pelajar keluar and then just proceed tekan "ok".
Akhir sekali kalau nak tengok lagi jelas korang boleh tekan link untuk fail sijil microsoft word dengan fail database.
Sekian terima kasih, kalau ada salah dan silap mohon dimaafkan, hehe terutama nya pensyarah saya Encik Fahdil👀😁

Thursday, 2 March 2017

Tugasan Mengkritik Blog

Isnin, 27 februari 2017









           MTE 3012 KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

NUR SHUHADA BINTI MOHD YUSOF
(D20162075719)



1. Blog D'NARS Skincare



RAJAH 1



Blog ini ditulis oleh miss sue mengenai senarai harga dan produk D'nars yang ditawarkan di pasaran tempatan

KELEBIHAN
  • Susunan navigasi yang teratur
  • saiz tulisan yang konsisten
  • Blog kelihatan kemas dan tidak terlalu rumit
KEKURANGAN


  • Kegunaan warna blog yang membosankan iaitu warna putih 
  • Jarang dikemaskini iaitu kali terakhir pada 8 April 2015

2. Blog Hana cookies



RAJAH 2

Blog ini ditulis oleh hana cookis yang menjual pelbagai jenis biskut raya.


 KELEBIHAN
  • Susunan ayat yang teratur
  • Latar belakang blog harmoni
  • Tulisan yang digunakan menarik 
  • Gambar biskut juga sangat menarik dan jelas
KEKURANGAN
  • Jarang dikemaskini iaitu kemaskini terakhir adalah pada 31 mac 2014
  • Blog kelihatan terlalu biasa 

3. Lynz Beauty Care



RAJAH 3



Blog yang ke-3 ini direka oleh Lynz Beauty care di mana saya belum pernah melihat produk ini iklan di mana medium. Blog nya kelihatan agak menarik dan lebih banyak kelebihan berbanding kekurangan. Saya tertarik dengan blog ni.

KELEBIHAN
  • Blog kelihatan sangat harmoni dan berwarna warni
  • Mempunyai latar muzik yang menenangkan apabila kita masuk ke blog ini.
  • Pemilihan tulisan yang lebih daripada satu
  • Imej yang digunakan menarik.
  • Susunan grafik yang teratur
KEKURANGAN
  • Jarang kemaskini blog
  • tulisan yang digunakan tidak menarik
  • Warna tulisan tidak dipelbagaikan iaitu hanya merah dan putih

4. Blog Hcube Shop

RAJAH 4


Blog Hcube shop mengiklankan tentang tentang produk kesihatan yang murah dan original. Hcube shop ini juga boleh di cari di FB, Twitter, Youtube dan blog


KELEBIHAN
  • Menerangkan maklumat produk dengan jelas
  • Maklumat dikemaskini
  • Menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pembelian di mana pengguna atau pelanggan boleh membuat membeli pelbagai produk melalui blog ini
KEKURANGAN




  • Terlalu banyak maklumat yang ditulis
  • Buton navigasi yang terlalu banyak iaitu butang tentang kami sepatutnya berada di atas.
  • Tema warna yang digunakan membosankan

  • 5. D'Herbs

    RAJAH  5


    Blog ini direka untuk mengiklankan produk kecantikan iaitu D'herbs. Apa yang saya lihat blog ini terdapat sedikit kekurangan, contohnya :

    KELEBIHAN
    • Menceritakan tentang latarbelakang produk dengan jelas

    KEKURANGAN
    • Blog terlalu kosong di mana tidak banyak imej dan warna
    • Tulisan yang digunakan mendatar dan tidak dipelbagaikan
    • Hiasan blog kelihatan terlalu 'simple' dan membosankan