Friday, 26 May 2017

adobe illustrator dan adobe photoshop


Assalamualaikum semua, harini saya nak update tugasan saya yang terakhir iaitu tugasan membuat bussiness card menggunakan adobe illustrator dan adobe photoshop. Saya rasa excited nak guna adobe illustrator dan kami telah diberi tips macam mana nak gunakannya. Terima kasih Encik Fadhil kerana banyak membantu. Walaupun hanya yang basic tapi best sangat. Lepas ni boleh kasi up lagi skil nak edit card ke banner dan gambar.

Haa, kat bawah ni contoh kad business yang saya edit kat photoshop... simple jerr



Sekian sahaja daripada saya.. semoga berjumpa lagi...😅😆

Sunday, 21 May 2017

PowerPoint




Asslamualaikum semua, harini saya nak update tugasan powerpoint. Tugasan ni kami buat dalam kumpulan. Tugasan ni kami perlu letakkan button home, back, next, stop dan pause dan setiap ikon itu mestilah berfungsi. So, macam biase saya ada sediakan link untuk awak semua lihat contoh yang dah kami buat :


Saturday, 20 May 2017

Audacity




assalamualaikum semua......... untuk tugasan audacity saya perlu mencari lagu dan mencipta lirik sendiri..Topik tersebut mestilah bersesuaian dengan lagu yang kita pilih. Contoh lagu yang saya pilih adalah berkenaan dengan persahabatan sejati tapi lirik yang saya reka in English. hehe 

So, macam biasa saya dah kongsikan link di bawah. Kalau rajin tu boleh la klik. Saya buat yang basic jer untuk audacity ni sebab baru belajar lagi. Selamat mendengar..😝



https://drive.google.com/open?id=0Byd5UV4V1p0OTWxCNUptRW5MdXM

Wednesday, 3 May 2017

movie maker



assalamualaikum semua...........Okay untuk tugasan ni saya perlu membuat video menggunakan movie maker dengan tema kaum-kaum di Malaysia. Video yang dah siap saya perlu upload ke youtube. Dekat bawah saya ada sediakan link youtube. Sekadar untuk perkongsian pembelajaran.
So, korang boleh klik link ni :


https://www.youtube.com/watch?v=tTSRjyxZbhY

Tuesday, 28 March 2017

excel~

25 mac 2017


assalamualaikum semua 😉

Harini saya nak update tugas terbaru iaitu macam mana kita nak masukkan data-data pelajar atau berkenaan dengan pengiraan menggunakan microsoft excel. Huhu macam excited je nak guna excel ni sebab dah lama jugak la guna software ni. Tapi mase dekat sekolah pon cikgu-cikgu ict dah ajar kan yang basic atau asas-asas dalam excel ni. 

so, jom kita belajar buat sama-sama ya... huhu





Okay , untuk first step korang kena buka dulu microsoft excel , then tulis dulu tajuk utama dia markah tahunan subjek kemahiran hidup. Lepas tu, baru masukkan nama pelajar dan no kad pengenalan.




ni contoh senarai nama 25 orang pelajar dan no kad pengenalan.....

next, korang pergi sheet kedua tulis kehadiran pelajar pulak.. 



                               haa, ni contoh kehadiran pelajar untuk minggu 1-3...... 

Then dah siap sheet ke 2 ni korang pergi sheet ke 3 dan tulis markah pelajar..




  ni contoh markah pelajar yang saya dah campurkan dari peratus markah kuiz sampailah markah akhir tahun. Untuk jumlah kan semua tu korang boleh gunakan kaedah autosum..so tak perlu lah korang nak kira satu-satu kan.
  • cara dia senang je→First korang tekan dekat kotak jumlah→ pergi dekat formula→tekan Autosum then amik sum pastu tekan enter. Dah dapat jumlah diaaa..
Dah dapat jumlah markah keseluruhan kan, so kita kena letakkan gred mengikut markah pula. So nak masukkan gred pon kita boleh guna kaedah auto bukan manual ya.



                First korang amik ruang baru then tulis markah dari 0-90 dan gred dari TH-A+

So , untuk kenalpasti gred kita boleh guna kaedah vlookup...

  • Step 1: korang pergi dekat formula, then amik lookup&reference yang saya dah bulatkan dengan warna merah..bulat ke kotak tu, huhuhu
  • Step 2: nanti akan keluar banyak list, so korang amik (vlookup). Nak lagi clear sila tengok gambar di bawah↓


                                           Ini dia, nanti dah tekan vlookup tu akan keluar macam ni..,sooo

  • Step 1: Lookup_value→ korang tekan kotak kecik yang ada merah2 tu then click pada nama pelajar yang korang nak. Pastu tekan enter.
  • Step 2: Table_array→sama je click dekat kotak kecil merah hujung tu then highlight semua markah dan gred. contoh dari 0-90, TH-A+
  • Step 3: Col_index_num→korang masukkan nombor 2
  • Step 4: Range_lookup→korang tulis je true pastu tekan ok. so keluar la semua gred ikut markah....
So dah siap masukkan semua markah dan gred, kita kena buat graf , korang kena cari ruang baru lagi untuk tulis gred dan bilangan pelajar...



                                ni contoh yang saya buat, yang ada anak panah warna merah tu...
Step seterusnya, korang click dekat kotak bilangan pastu pergi click dekat insert function


Step1: click insert function, then akan keluar senarai tu
Step2: amik statistical
Step3: amik countif pastu tekan ok


                                               lepas dah tekan ok akan keluar macam ni...

  • Range→ korang highlight semua gred pelajar dan masukkan simbol $ sebelum tekan enter
  • Criteria→korang highlight semua gred pada sebelah bilangan tu then jangan lupa masukkan simbol & sebelum tekan enter. Korang akan dapat bilangan 0 untuk gred TH.
  • Ulang langkah untuk gred yang seterusnya..
yang terakhir baru lah boleh buat graf.. so korang highlight semua gred dan bilangan yang korang dah dapat then click je insert then amik column. Nanti akan keluar banyak jenis column so pilih la ikut kesukaan korang.
                                    
                     Inilah contoh graf yang saya pilih,, warna hijau sebab tu warna favourite..huhu
HAA,, TARAAA dah siap. kalau ada salah dan kurang mohon dimaafkan. Ambe budok baru belajo..
                                              Assalamualaikum, sekian terima kasih............

Sunday, 19 March 2017

sijil penyertaan

19 mac
 2017
Sijil penyertaan



 Assalamualaikum semua, harini sis nak update lagi tugasan untuk subjek MTE ni. Encik Fadhil bagi arahan untuk buat sijil penyertaan menggunakan kaedah mail merge. Jom kita tengok step-step di bawah





contoh tugasan sijil


Seperti minggu lepas dan lepas saya diberi arahan oleh pensyarah untuk mengkritik lima jenis blog dari segi kelebihan dan kekurangan. Dengar macam tugasan tu simple je kannn. Tapi penat jugak nak cari blog yang sesuai untuk dikritik. 

Ini contoh langkah-langkah macam mana nak buat sijil kepada lebih dari satu orang pelajar menggunakan mail merge. Dengar macam seram kankan. Tapi bila dah cuba buat, korang akan rasa seronok sebab dapat belajar buat 'something new'. So jom kita tengok :

LANGKAH 1



Haa, untuk first step, korang wajib bukak microsoft word sebab kita kena edit sijil kita guna tu. Buat laa ikut kreativiti kita. Macam saya punya just simple2 je tapi kira okay la kan sebab pertama kali buat. Untuk boarder sijil tu korang boleh google image jee, huhu tapi kalau ada yang dah master dalam 'word' boleh je buat sendiri.😝

LANGKAH 2

LANGKAH MAIL MERGE 

Okay, tadi korang dah siap buat sijil dekat word sekarang jom start buat mail merge

  1. Langkah pertama, dekat bahagian atas word tu korang kena tekan "mailing". Mailing tu baris kelima ya korang jangan buat2 blur pulak. 
  2. Langkah kedua tekan "start mail merge" pastu nanti akan keluar "step by step mail merge wizard" haa amik yang tu. Pastu akan keluar satu bar kat tepi bahagian kanan, ada 6 step. Korang tekan sampai dekat step 3 then amik ' type a new list' dengan " create".
  3. Langkah seterusnya, korang boleh pilih data apa yang anda nak masukkan sebagai contoh saya kena masukkan nama pelajar dan nombor kad pengenalan, so masukkan keduanya dan tekan ok. So secara automatik fail anda akan disimpan dalam databased.  Tapi, untuk lagi mudah, korang pon boleh buat dekat microsoft excel sebab saya pon buat dekat excel. Dia ada dua cara nak save database. Kalau tak silap la.
  4. So, kalau guna excel, contoh saya nak buat nama dan nombor kad pengenalan 10 orang pelajar, taip sampai 10 orang then save. Pastu bukak balik sijil dekat mircosoft word tu, tekan mail merge dan step2 yang saya dah tunjuk dekat langkah pertama.  So secara automatik semua senarai nama dan nombor kad pengenalan 10 orang pelajar keluar. Last sekali tekan 'ok'. So kat bawah ada contoh gambar fail. Korang tak perlu tekan 'type a new list" daaa, kalau guna excel.




Langkah 3


So, lepas korang dah tekan ok pada "complete the mail merge" maka jadilah sijil yang korang buat. Macam saya buat lain sikit, sebab save database dekat excel so secara automatik senarai nama dan nombor kad pengenalan pelajar keluar and then just proceed tekan "ok".
Akhir sekali kalau nak tengok lagi jelas korang boleh tekan link untuk fail sijil microsoft word dengan fail database.
Sekian terima kasih, kalau ada salah dan silap mohon dimaafkan, hehe terutama nya pensyarah saya Encik Fahdil👀😁

Thursday, 2 March 2017

Tugasan Mengkritik Blog

Isnin, 27 februari 2017









           MTE 3012 KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

NUR SHUHADA BINTI MOHD YUSOF
(D20162075719)



1. Blog D'NARS Skincare



RAJAH 1



Blog ini ditulis oleh miss sue mengenai senarai harga dan produk D'nars yang ditawarkan di pasaran tempatan

KELEBIHAN
  • Susunan navigasi yang teratur
  • saiz tulisan yang konsisten
  • Blog kelihatan kemas dan tidak terlalu rumit
KEKURANGAN


  • Kegunaan warna blog yang membosankan iaitu warna putih 
  • Jarang dikemaskini iaitu kali terakhir pada 8 April 2015

2. Blog Hana cookies



RAJAH 2

Blog ini ditulis oleh hana cookis yang menjual pelbagai jenis biskut raya.


 KELEBIHAN
  • Susunan ayat yang teratur
  • Latar belakang blog harmoni
  • Tulisan yang digunakan menarik 
  • Gambar biskut juga sangat menarik dan jelas
KEKURANGAN
  • Jarang dikemaskini iaitu kemaskini terakhir adalah pada 31 mac 2014
  • Blog kelihatan terlalu biasa 

3. Lynz Beauty Care



RAJAH 3



Blog yang ke-3 ini direka oleh Lynz Beauty care di mana saya belum pernah melihat produk ini iklan di mana medium. Blog nya kelihatan agak menarik dan lebih banyak kelebihan berbanding kekurangan. Saya tertarik dengan blog ni.

KELEBIHAN
  • Blog kelihatan sangat harmoni dan berwarna warni
  • Mempunyai latar muzik yang menenangkan apabila kita masuk ke blog ini.
  • Pemilihan tulisan yang lebih daripada satu
  • Imej yang digunakan menarik.
  • Susunan grafik yang teratur
KEKURANGAN
  • Jarang kemaskini blog
  • tulisan yang digunakan tidak menarik
  • Warna tulisan tidak dipelbagaikan iaitu hanya merah dan putih

4. Blog Hcube Shop

RAJAH 4


Blog Hcube shop mengiklankan tentang tentang produk kesihatan yang murah dan original. Hcube shop ini juga boleh di cari di FB, Twitter, Youtube dan blog


KELEBIHAN
  • Menerangkan maklumat produk dengan jelas
  • Maklumat dikemaskini
  • Menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pembelian di mana pengguna atau pelanggan boleh membuat membeli pelbagai produk melalui blog ini
KEKURANGAN




  • Terlalu banyak maklumat yang ditulis
  • Buton navigasi yang terlalu banyak iaitu butang tentang kami sepatutnya berada di atas.
  • Tema warna yang digunakan membosankan

  • 5. D'Herbs

    RAJAH  5


    Blog ini direka untuk mengiklankan produk kecantikan iaitu D'herbs. Apa yang saya lihat blog ini terdapat sedikit kekurangan, contohnya :

    KELEBIHAN
    • Menceritakan tentang latarbelakang produk dengan jelas

    KEKURANGAN
    • Blog terlalu kosong di mana tidak banyak imej dan warna
    • Tulisan yang digunakan mendatar dan tidak dipelbagaikan
    • Hiasan blog kelihatan terlalu 'simple' dan membosankan