assalamualaikum semua 😉
Harini saya nak update tugas terbaru iaitu macam mana kita nak masukkan data-data pelajar atau berkenaan dengan pengiraan menggunakan microsoft excel. Huhu macam excited je nak guna excel ni sebab dah lama jugak la guna software ni. Tapi mase dekat sekolah pon cikgu-cikgu ict dah ajar kan yang basic atau asas-asas dalam excel ni.
so, jom kita belajar buat sama-sama ya... huhu
Okay , untuk first step korang kena buka dulu microsoft excel , then tulis dulu tajuk utama dia markah tahunan subjek kemahiran hidup. Lepas tu, baru masukkan nama pelajar dan no kad pengenalan.
ni contoh senarai nama 25 orang pelajar dan no kad pengenalan.....
|
next, korang pergi sheet kedua tulis kehadiran pelajar pulak..
haa, ni contoh kehadiran pelajar untuk minggu 1-3......
Then dah siap sheet ke 2 ni korang pergi sheet ke 3 dan tulis markah pelajar..
ni contoh markah pelajar yang saya dah campurkan dari peratus markah kuiz sampailah markah akhir tahun. Untuk jumlah kan semua tu korang boleh gunakan kaedah autosum..so tak perlu lah korang nak kira satu-satu kan.
- cara dia senang je→First korang tekan dekat kotak jumlah→ pergi dekat formula→tekan Autosum then amik sum pastu tekan enter. Dah dapat jumlah diaaa..
Dah dapat jumlah markah keseluruhan kan, so kita kena letakkan gred mengikut markah pula. So nak masukkan gred pon kita boleh guna kaedah auto bukan manual ya.
First korang amik ruang baru then tulis markah dari 0-90 dan gred dari TH-A+
So , untuk kenalpasti gred kita boleh guna kaedah vlookup...
- Step 1: korang pergi dekat formula, then amik lookup&reference yang saya dah bulatkan dengan warna merah..bulat ke kotak tu, huhuhu
- Step 2: nanti akan keluar banyak list, so korang amik (vlookup). Nak lagi clear sila tengok gambar di bawah↓
Ini dia, nanti dah tekan vlookup tu akan keluar macam ni..,sooo
- Step 1: Lookup_value→ korang tekan kotak kecik yang ada merah2 tu then click pada nama pelajar yang korang nak. Pastu tekan enter.
- Step 2: Table_array→sama je click dekat kotak kecil merah hujung tu then highlight semua markah dan gred. contoh dari 0-90, TH-A+
- Step 3: Col_index_num→korang masukkan nombor 2
- Step 4: Range_lookup→korang tulis je true pastu tekan ok. so keluar la semua gred ikut markah....
So dah siap masukkan semua markah dan gred, kita kena buat graf , korang kena cari ruang baru lagi untuk tulis gred dan bilangan pelajar...
ni contoh yang saya buat, yang ada anak panah warna merah tu...
Step seterusnya, korang click dekat kotak bilangan pastu pergi click dekat insert function
Step1: click insert function, then akan keluar senarai tu
Step2: amik statistical
Step3: amik countif pastu tekan ok
lepas dah tekan ok akan keluar macam ni...
- Range→ korang highlight semua gred pelajar dan masukkan simbol $ sebelum tekan enter
- Criteria→korang highlight semua gred pada sebelah bilangan tu then jangan lupa masukkan simbol & sebelum tekan enter. Korang akan dapat bilangan 0 untuk gred TH.
- Ulang langkah untuk gred yang seterusnya..
yang terakhir baru lah boleh buat graf.. so korang highlight semua gred dan bilangan yang korang dah dapat then click je insert then amik column. Nanti akan keluar banyak jenis column so pilih la ikut kesukaan korang.
Inilah contoh graf yang saya pilih,, warna hijau sebab tu warna favourite..huhu
HAA,, TARAAA dah siap. kalau ada salah dan kurang mohon dimaafkan. Ambe budok baru belajo..
Assalamualaikum, sekian terima kasih............
No comments:
Post a Comment